Friday, August 11, 2017

Rezeki/Usaha/Pekerjaan



سُئِلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم: أَيُّ الكَسْبِ أَطْيَبُ؟ فَقَالَ: عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُوْرٍ

Baginda Rasulullah SAW ditanya: Apakah pekerjaan yang paling ‘baik’?, Baginda SAW ‎menjawab: Pekerjaan seseorang dengan tangannya dan segala jual beli yang tiada syubhah ‎dan belot/khianat.‎

Fokus

Pekerjaan yang ‘Atyab’ yang telah disebutkan oleh Baginda SAW boleh dikategorikan ‎kepada 2 jenis pekerjaan:‎
1)‎ Isyarat Baginda Nabi SAW pada ‎عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ‎ ialah segala jenis pekerjaan yang tidak ‎melibatkan interaksi dan komunikasi yang banyak seperti pertukangan dan ‎pertanian.‎
2)‎ Isyarat pada ‎كُلُّ بَيْعٍ مَبْرُوْرٍ‎ pula ialah segala jenis pekerjaan yang melibatkan interaksi ‎dan komunikasi yang banyak seperti perniagaan.

‏"أَطْيَبُ"‏‎ adalah satu perkataan yang keluar dari kata kerja ‎‏"طَابَ"‏‎ dengan makna “telah baik ‎oleh ia”. ‘Baik’ merupakan suatu sifat kepada suatu benda/perkara.‎

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran;‎

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي ‏السَّمَاءِ تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللهُ الأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ (سورة إبراهيم: 24-25)‏

Bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan ‎kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke ‎langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah ‎membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat”‎ (Surah Ibrahim: 24-25)‎
‎‘kalimah yang baik’ di atas merujuk kepada kalimah ‎لا إله إلا الله‎ (boleh rujuk tafsir).‎

Huraian

Sesuatu rezeki akan mendapat sifat ‎‏"طاب" ‏‎ atau “baik” sekiranya aktiviti ‎tersebut disertakan ingatan kepada Allah SWT. Menyebutkan kalimah tayyibah atau ‎kalimah yang baik iaitu kalimah ‎لا إله إلا الله‎ ketika bekerja atau melakukan sesuatu akan ‎memindahkan sifat baik dari kalimah itu kepada perkara tersebut.‎

Sesebuah pekerjaan yang melibatkan interaksi dengan manusia adalah lebih sukar untuk ‎mengingati Allah SWT di dalamnya berbanding pekerjaan yang tidak melibatkan interaksi ‎dengan mereka.‎

Hakikatnya, apa jua benda atau barang sekiranya dibacakan kalimah لا إله إلا الله padanya, ia akan menjadi toyyib.

Maka beruntunglah mereka yang hatinya sentiasa tidak dilalaikan oleh harta dan ‎perniagaan, termasuklah mereka dalam firman-Nya:‎

رِجَالٌ لَا تُلْهِيْهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُوْنَ يَوْمًا ‏تَتَقَلَّبُ فِيْهِ القُلُوْبُ وَالأَبْصَارُ (سورة النور: 37)‏

Bermaksud: “Pemuda-pemuda yang perniagaannya dan urusan jual belinya tidak ‎melalaikan mereka daripada mengingati Allah SWT, mendirikan solat dan menunaikan ‎zakat, mereka itu takutkan hari di mana hati-hati dan mata-mata mereka akan berbolak ‎balik”‎ (Surah An-Nur: ‎‎37)‎

Wallahu A’alam

Bersama-samalah kita mencari keberkatan di dalam setiap rezeki, mencari yang paling baik antara yang terbaik. Mudah-mudahan Allah kurniakan hidayah dan taufiq serta istiqamah kepada kita kemudian mempermudahkan segala urusan kita. Amin ya Robbal A'alamin

No comments:

Post a Comment

Apa fungsi sebenar duit deposit yang penyewa bayar?

gambar google Sebelum menyewa rumah, pasti korang pernah dengar ayat kat bawah ni daripada mulut tuan rumah : “JADI MENYEWA, KAN? NA...