Friday, August 11, 2017

Hairan?

saya didatangi seorang wanita lingkungan 30-an sebentar tadi menanyakan beberapa hal yang agak menarik, antaranya;

"ust, saya pelik dan hairanlah, boleh ke seorang ustaz, penceramah atau guru agama menetapkan bayaran tertentu untuk ilmu yang disampaikannya? bukankah mereka perlu ikhlas?"

diam sebentar sambil berfikir......

"begini puan, bila dipersoal tentang keikhlasan, itu antara mereka dengan Allah. Adapun soal bayaran, itu antara kita dan mereka"

"jangan dipedulikan urusan mereka dengan Allah, Allahlah yang maha mengetahui. pedulikanlah urusan kita dengan mereka, kita adalah murid dan mereka adalah guru"

"sesuatu bayaran adalah tanda penghargaan dan rasa terima kasih kita pada mereka yang berlelah dan bersusah payah mencurahkan ilmu kepada kita, meluangkan masanya, menghabiskannya minyak kenderaannya, meninggalkan keluarganya dan pengorbanan lainnya"

"jika segelintir penceramah menetapkan suatu harga yang terkadang tidak masuk akal, barangkali kerana popularitinya yang berpotensi untuk penganjur mendapat pulangan yang besar dan hebat, jadualnya yang padat, masanya yang begitu mahal sehingga dia sanggup meluangkan sedikit jadualnya buat penganjur dan lain2."

"di kalangan para ulama' ada yang begitu syadidi dengan menyatakan bahawa mengambil upah dengan menyampaikan ilmu adalah tidak dibolehkan kerana ini termasuk menjual agama dengan nilai dunia yang sedikit"

"tidak kurang di kalangan mereka pula yang mengharuskan mengambil upah dengan cara ini"

"dahulu, di zaman di mana islam berada di suatu kedudukan yang tinggi, para pendakwah diberi tajaan penuh sepanjang tahun dari pihak kerajaan, mencukupi keperluan mereka dan mereka tidak lagi berhajat kepada yang lain"

"zaman sekarang, para pendakwah yang tugasnya hanya berdakwah tidak lagi ditaja oleh kerajaan, mereka pula tidak mempunyai kerja sampingan lain selain dari berdakwah yang mampu menyara hidupnya dan keluarganya. keperluan mereka tidak lagi dicukupkan menyebabkan mereka harus berusaha bagaimana caranya mendapatkan keperluan hidup mereka"

"ada bezanya zaman sekarang dan zaman dahulu"

"zaman dahulu, guru2 tidak perlu meminta2 daripada anak2 murid mereka kerana anak2 murid mereka telah dilatih dan diajarkan adab oleh kedua ibu bapa mereka, bagaimana membalas dan menghargai jasa guru, terkadang ibu bapa membekalkan anak2 yang ingin mengaji di rumah guru satu pek gula, atau tepung, atau susu, atau beras dan lain2 yang secara langsung sedikit sebanyak keperluan guru tadi telah dicukupkan"

"zaman sekarang, sepanjang hayat saya mengajar agama, belum ada yang mengirimkan gula, beras, susu, tepung, pampers anak, susu anak dan lain2 keperluan asasi, bukanlah meminta, hanya memberitahu hakikatnya. jadi, bila beginilah keadaannya, maka sesetengah guru meletakkan suatu kadar yang menusabah yang tidak melampau bahkan terkadang lebih rendah jika dibandingkan dengan kadar yang diambil oleh guru akademik"

"yang ingin saya sampaikan adalah bahawa keikhlasan dan upah adalah perkara yang berbeza"

"tidak bermaksud tidak mengambil upah adalah ikhlas, tidak pula mengambil upah adalah ikhlas, ikhlas tidak diukur begitu"

"memang ikhlas itu tidak mengharapkan balasan selain dari Allah, tapi di mana adab kita terhadap guru? di mana sifat berperikemanusian kita terhadap sesama manusia?"

sekian....

mudah2an Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat sana.

No comments:

Post a Comment

Apa fungsi sebenar duit deposit yang penyewa bayar?

gambar google Sebelum menyewa rumah, pasti korang pernah dengar ayat kat bawah ni daripada mulut tuan rumah : “JADI MENYEWA, KAN? NA...