Friday, August 11, 2017

Mengakui kesalahan dan tidak memberikan alasan

Sedikit petikan dari Mukaddimah Syarah Sowi (Syarah kepada Matan Jauharah Al-Tauhid) ketika penulis/pengarang iaitu Syeikh Ahmad Bin Muhammad Al-Maliki Al-Khalwati Al-Sowi menceritakan sedikit kisah mengenai penulis matan tersebut iaitu Syeikh Ibrahim Bin Hasan Al-Maliki Al-Laqqani Syeikh Ahmad Arab Al-Syarnubi merupakan guru kepada Syeikh Ibrahim Bin Hasan. Beliau telah mengisyaratkan kepada Syeikh Ibrahim Bin Hasan untuk menulis suatu matan di dalam ilmu tauhid.

Beliau juga telah berpesan kepada Syeikh Ibrahim Bin Hasan dengan suatu pesanan. Pesanan tersebut telah dinukilkan oleh Syeikh Ahmad Bin Muhammad di dalam mukaddimahnya:

"أن لا يعتذر لأحد عن ذنب أو عيب بلغه عنه، بل يعترفه له به، ويظهر له التصديق على طريق التورية مذلة للنفس. فما خالفه بعد"

Syeikh Ahmad Arab Al-Syarnubi telah mewasiatkan kepada Syeikh Ibrahim Bin Hasan "agar ia tidak memberi sebarang alasan kepada seseorang pun di atas dosa dan keaiban yang sampai/terkena kepadanya.

Bahkan hendaklah dia mengakui dosa dan keaiban tersebut dan hendaklah ia menzahirkan kebenaran lemparan dosa dan keaiban itu dengan cara kiasan, mengakuinya dan menzahirkan kebenaran dosa tersebut sebagai suatu penghinaan terhadap nafsu.

Syeikh Ibrahim Bin Hasan mematuhinya dan tidak pernah lagi mengingkari perkara tersebut setelah itu."

Wallahu A'alam

Ini merupakan suatu adab dan akhlak apabila kita dilemparkan dengan suatu tuduhan, hendaklah kita mengakuinya (tidak membela diri, tidak mempertahankan diri) sekalipun kita tidak melakukannya dengan tujuan untuk menghinakan nafsu yang sentiasa menginginkan pujian, kesempurnaan, kemegahan dll.

"Kau telah melakukan dosa itu dan ini !!"

"Kau betul, aku mengaku bersalah dan aku bertaubat dari dosa2 ku. semoga Allah menerima taubatku"

Sedangkan yang bukan kesalahan diri lagikan adabnya mengaku, inikan pula kesalahan yang jelas dari diri sendiri, lebih layak lagi mengakuinya.

Demikian itu adalah lebih baik.

Wallahu A'alam

No comments:

Post a Comment

Apa fungsi sebenar duit deposit yang penyewa bayar?

gambar google Sebelum menyewa rumah, pasti korang pernah dengar ayat kat bawah ni daripada mulut tuan rumah : “JADI MENYEWA, KAN? NA...