Friday, August 11, 2017

Bagaimana perkahwinan boleh menjadi sebab rosaknya bahasa?

Begini, misalan; seorang lelaki berbangsa jawa menikahi seorang wanita dari kelantan lalu hidup menetap di Kuala Lumpur. Bahasa yang digunakan untuk berinteraksi sesama mereka adalah bahasa melayu KL kerana bahasa mereka saling tidak difahami atau sukar difahami.

Dikurniakan pula cahaya mata yang nantinya akan biasa terdengar di telinganya adalah bahasa selain bahasa jawa dan loghat kelantan.

Ada kemungkinan anak2 mereka memahami kedua2, bahasa jawa dan loghat kelantan, tetapi telah berlalu satu generasi yang tidak mampu menuturkan kedua2 bahasa itu dengan baik.

Generasi kedua, cucu mereka, tidak akan lagi mampu menguasai kedua2 bahasa itu bahkan memahami sekalipun amatlah sukar.

Bayangkan selepas 7 generasi, hilanglah secara total bahasa jawa dan loghat kelantan tersebut.

Persoalannya, bagaimana mengekalkannya?

1) Membatasi perkahwinan campur antara 2 bahasa.

sukar bukan? sekarang zaman berhijrah, masing2 keluar berhijrah ke negeri luar untuk mencari rezeki dan kebiasannya pasangan ditemui di sana.

2) Memilih 1 dari 2 bahasa tersebut untuk digunakan sebagai bahasa perantaraan.

Inilah kekuatan yang sepatutnya ada pada seorang ibu. ibu memainkan peranan penting dalam berinteraksi dengan anak2nya menggunakan bahasanya kerana ibulah yang sangat rapat dan mempunyai masa yang lama bersama anak2 berbanding seorang ayah. itupun kalau ibunya seorang suri rumah.

Bahasa merupakan jiwa sesebuah bangsa dan jangan sesekali diabaikan. bahasa akan mempengaruhi semua aspek kehidupan, jati diri terutamanya.

kehilangan bahasa ibunda akan menyebabkan hilangnya jati diri sesebuah bangsa, maka lahirlah sebuah bangsa yang lupa diri, lupa daratan, lupa asal usul dan lain2 punca masalah sosial yang sangat membimbangkan.


No comments:

Post a Comment

Apa fungsi sebenar duit deposit yang penyewa bayar?

gambar google Sebelum menyewa rumah, pasti korang pernah dengar ayat kat bawah ni daripada mulut tuan rumah : “JADI MENYEWA, KAN? NA...