Tuesday, December 19, 2017

Apa fungsi sebenar duit deposit yang penyewa bayar?

gambar google
Sebelum menyewa rumah, pasti korang pernah dengar ayat kat bawah ni daripada mulut tuan rumah :
“JADI MENYEWA, KAN? NANTI ADIK/KAKAK BAYAR 2 + 1 KAT SAYA SEBAGAI DUIT DEPOSIT YA.”
Tapi, berapa ramai yang betul-betul faham fungsi sebenar duit yang korang bayar ni?
Mungkin ada yang kat luar sana belum tahu atau kurang jelas dengan bayaran ini. Dan hari ni, Tok nak bantu untuk jelaskan segalanya.
Nah, jemput hadamkan perkongsian Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi ni laju-laju.

“1 + 1, 2 + 1, 2 + 1 + 1. Apa kejadahnya semua ni?” – Ucop

Apabila mencari rumah sewa, antara perkara utama yang akan dilihat adalah duit deposit.
Namun, masih ramai yang salah faham istilah deposit ini. Sama ada daripada pihak penyewa atau tuan rumah.
  • 1 + 1,
  • 2 + 1,
  • 2 + 1 + 1.
Mesti ramai yang dah pernah dengar nombor yang disebut kat atas tadi. Tapi, apa maksud semua benda tu tadi?
Segelintir tuan rumah enggan memulangkan kembali deposit penyewa. Manakala sebagian penyewa pula mengganggap ia sebagai ‘duit advance sewa’ untuk bulan-bulan terakhir.
Seringkali juga tuan rumah dimaki kat dalam alam maya, kononnya cekik darah dengan meminta deposit yang tinggi. Malah ada yang memberi hujah bahawa deposit sepatutnya tak patut ada.
Namun, ada juga penyewa yang mengambil kesempatan apabila deposit rendah yang dikenakan kepada mereka.

Apa maksud dan konsep sebenar deposit ini?

Deposit ini didefinisikan sebagai sebahagian daripada bayaran berupa wang yang dibayarkan (sebahagian lagi adalah hutang).
Penggunaan istilah ‘deposit’ ini menyebabkan sebahagian penyewa mengganggapnya sebagai bayaran ‘advance sewa’ untuk bulan terakhir.
Tapi pada pandangan saya, penggunaan terma ‘deposit’ rumah sewa adalah satu misnomer (salah faham).
Terma yang betul adalah cagaran. Cagaran bermaksud sesuatu yang dijadikan sebagai jaminan.
Contohnya jika ada berlaku sebarang kerosakan atau tunggakan, maka cagaran in akan digunakan oleh tuan rumah. Kalau semuanya okay, duit cagaran ini akan dipulangkan.
Sebelum menyerahkan rumah sewa, kebiasaannya tuna rumah kan meminta wang cagaran sebanyak 1, 2, atau 3 bulan sewa, bergantung kat 3 perkara ini :
  • Kondisi rumah (sama ada kosong atau berperabot),
  • Budi bicara tuan rumah,
  • Kebolehpercayaan terhadap penyewa.

Contoh supaya anda lebih mudah faham

Saya bagi contoh. Katakan, sewa rumah yang korang kena bayar adalah sebanyak RM700. Bermakna :
  • 1 + 1 = RM700 (cagaran) + RM700 (sewa bulan pertama) =
    • RM1,400,
  • 2 + 1 = RM1,400 (cagaran) + RM700 (sewa bulan pertama) =
    • RM2,100,
  • 2 + 1 + 1 = RM1,400 (cagaran) + RM700 (cagaran utiliti) + RM700 (sewa bulan pertama) =
    • RM2,800
Jarang dan sukar nak jumpa tuan rumah yang menyewakan rumah tanpa deposit, sebab tuan rumah berdepan dengan pelbagai risiko.
Contohnya :
1) Penyewa bertangguh-tangguh bayar duit sewa. Sedangkan tuan rumah perlu membayar ansuran kat bank setiap bulan.
Kalau lewat bayar, CCRIS tuan rumah yang akan tercalar. Lebih teruk lagi, dah la penyewa kantoi bayar sewa. Lepas tu siap menghilangkan diri pulak tu. Parah.
2) Penyewa keluar awal daripada tarikh tamat kontrak. Maka tuan rumah mungkin akan rugi 1 hingga 2 bulan. Rumah kosong tak berpenyewa.
Dalam hal ni, tuan rumah kena la cari penyewa baru akibat daripada penyewa melanggar kontrak tempoh sewaan.
3) Kerosakan rumah yang disebabkan oleh penyewa.
Contohnya, paip air patah, pintu pecah (penyewa ada perangai kunci tombol pintu dari dalam), tombol rosak, saluran tersumbat (dengan gumpalan rambut, minyak beku, spen***, dan sebagainya), jubin pecah, dan lain-lain lagi.
Kerosakan yang disebabkan oleh penyewa, sepatutnya ditanggung oleh penyewa.
4) Kerosakan perabot. Contohnya sofa hancur, cermin muka pecah, almari patah, dan lain-lain.
Ini jugak adalah kerosakan yang disebabkan oleh penyewa, bukan sebab wear and tear. Kecuali kalau perabot memang uzur.
5) Bil-bil tertunggak yang tak dilangsaikan oleh penyewa. Kadang-kadang, hingga berbulan-bulan lamanya.
Biasanya, tuan rumah akan sedari apabila penyewa telah keluar rumah.
6) Rumah bersepah dengan sampah yang setahun tak buang, toilet yang setahun tak cuci, siling bersawang yang setahun tak dibersihkan, lantai berkulat yang tahun tak dimop.
Sepatutnya rumah sewa yang dipulangkan dalam keadaan yang sama ketika penyewa mula-mula masuk. Kalau tak, kos pembersihan patut ditanggung penyewa.

Guna duit deposit untuk bayar sewa rumah. Boleh atau tak?

“KALAU ADA SEBARANG KEROSAKAN YANG BERLAKU SEMASA TEMPOH SEWAAN, MINTA TERUS CASH DARIPADA PENYEWA UNTUK BAIK PULIH KEROSAKAN. DAN KALAU ADA SEWA YANG TERTUNGGAK, MINTA PENYEWA BAYAR DOUBLE PADA BULAN BERIKUTNYA”
“JANGAN KORANG POTONG DARIPADA DUIT CAGARAN. SEBAB IA DIGUNAKAN APABILA PENYEWA KELUAR, BUKANNYA SEMASA MEREKA MASIH MENYEWA.”
“DUIT CAGARAN NI GUNA (KALAU ADA KEROSAKAN YANG DISEBABKAN OLEH PENYEWA, ATAU ADA TUNGGAKAN BIL) MASA PENYEWA DAH KELUAR RUMAH NANTI, DAN BAKINYA DIPULANGKAN SELEPAS 2 ATAU 4 MINGGU (LEPAS KORANG DAPAT BIL TERKINI).” – MOHD FADHLI MOHD FAUZI
Ini cuma 6 contoh saja. Kalau takde duit cagaran, adakah penyewa sanggup nak hulur duit selepas keluar rumah? Sangat mustahil.
Kalau duit cagaran tu dah digunakan untuk bayaran sewa bulan-bulan terakhir, kemudian apabila penyewa keluar baru perasan tunggakan bil cecah RM1,000, adakah penyewa yang dah keluar akan hulurkan duit RM1,000 tu?
Sangat susah.
Namun begitu, ada juga segelintir tuan rumah yang buat duit cagaran tu macam dia punya duit.

Padah si tuan rumah ‘kaki joli’

Duit cagaran, diambil dan dijoli sehingga menyebabkan ketidakmampuan untuk memulangkan semual kepada penyewa selepas tamat kontrak sewa.
Malah, menyalahkan penyewa itu ini semata-mata untuk tegakkan benang yang basah. Semua ini sebab duit tu, dah habis dijolikan.
Untuk tuan rumah, tegaskan kepada penyewa awal-awal bahawa duit deposit (atau duit cagaran) bukan duit advance payment untuk penyewa, supaya 1 hingga 2 bulan terakhir mereka tak paksa tuan rumah guna duit cagaran sebagai bayaran sewa.
Kalau tak, apabila mereka keluar kelak, tuan rumah dah takde apa-apa duit cagaran untuk menyelesaikan apa-apa risiko di atas yang mungkin jadi realiti.
Jadi, terpaksa pulak keluarkan duit poket sendiri. Kalau ada duit, senang cerita. Tapi macam mana kalau poket tuan rumah tengah kering?
Akhir sekali, buat perjanjian sewa secara bertulis dan catat dengan terperinci isu duit deposit/cagaran ini. Kalau ada pertikaian, rujuk perjanjian ini.
Ye la. Kalau setakat sembang je, akhirnya akan ada pihak yang gebang.
Sekarang, Tok yakin korang dah faham apa fungsi sebenar duit deposit yang korang bayar tu.
Buat korang yang nak menyewa tu, baik fahamkan isi yang Tok dah sampaikan kat sini. Jangan pulak bergaduh dengan tuan rumah sebab tak faham kegunaan duit deposit tu pulak.
Mohon SHARE kat kawan-kawan korang yang kurang jelas tentang perkara ini. Sambil tu, korang jugak boleh dapat pahala sebab berkongsi ilmu yang baik. Kan bagus tu?

Tuesday, December 12, 2017

Biografi Ringkas Ust Md Aleh Solihin Bin Ahmad Sidiki



الرقم
التفاصيل
البيان
1.             
اسمه
محمد أليه صالحين بن أحمد صديق
2.             
تاريخ ولادته
22 جنواري 1977 الموافق 2 صفر 1397
3.             
مسقط رأسه
فتاليغ جاي سلنجور
4.             
شخصيته
كان شديدا في بداية أمره، إداريا معلما محبا للخير
5.             
دراسته
المعهد الديني العالي تعكو أمفوان جماعة، كلية إسلامية سلطان عالم شاه كلع، معهد الفتح الإسلامي دمشق سورية 
6.             
شيوخه
الشيخ صادق حبنكة الميداني، الأستاذ الدكتور محمد سعيد رمضان البوطي، الملا عبد الله الملا رشيد، الأستاذ الدكتور مصطفى ديب البغا
7.             
تلاميذه
الأستاذ عبد الغني زين الدين، الأستاذ عبد القادر ماين، الأستاذ أشعري ين عبد السلام، الأستاذة زينب بنت هاشم
8.             
مؤلفاته
ترجمة الفرائض المبسط، رسالة عقيدة أهل السنة والجماعة، رسالة فرض العين، مختصر النحو والصرف، نظرية التمليك عند الإمام النووي من كتاب المنهاج  (غ ط)
9.             
وفاته
لا يزال على قيد الحياة

Gambar kenang-kenangan bersama para guru yang mulia.
Dari kanan: Cikgu Muhammad Hafiz Bin Md Zaini, Ust Md Aleh Solihin Bin Ahmad Sidiki, saya


Apa fungsi sebenar duit deposit yang penyewa bayar?

gambar google Sebelum menyewa rumah, pasti korang pernah dengar ayat kat bawah ni daripada mulut tuan rumah : “JADI MENYEWA, KAN? NA...