Monday, March 16, 2015

Tips berguna untuk anda menangani masalah pembayaran insuran kereta anda

Saya memiliki sebuah kereta proton preve tahun 2014 dan insurannya ialah lebih kurang Rm1,800.00

Kereta ini saya beli dengan muka serendah Rm2,000.00 dan bulanannya ialah rm827.00/bulan selama 9 tahun.

Untuk tahun pertama ini, jika anda tidak claim insuran anda, anda akan diberikan NCD (No Claim Discount) sebanyak 25%. Jadi, harga insuran saya seterusnya ialah Rm1,800.00 – 25% (Rm450.00) = Rm1,350.00
 
Point pentingnya di sini

Sejurus selepas anda menerima kereta anda atau sebelum anda mula membayar kereta anda di bulan pertama, anda hendaklah mengetahui tentang harga insuran yang menjadi masalah bagi kebanyakan pengguna kereta, saya salah seorangnya.

Jadi, apa yang saya buat ialah saya mengira harga insuran untuk tahun seterusnya (samada claim atau tidak) dan mula merancang perbelanjaan. Perbelanjaan yang mudah dan berkesan.

Bulanan kereta saya ialah Rm827.00, jadi apa yang saya perlu buat? Saya perlu membayar lebih dari kadar minima yang perlu saya bayar itu, maka saya mula membayar Rm1,000.00 setiap bulan sehingga  bulan ke-10. Untuk bulan ke-11 dan 12 anda tidak perlu membayar bulanan kereta anda dan anda boleh gunakan duit tersebut (duit yang sepatutnya anda bayar kereta anda) untuk membayar insuran kereta anda.

Mengapa begitu?

Kerana, anda telah membayar lebih setiap bulan dengan lebihan sebanyak Rm173.00, maka jika didarabkan dengan 10 bulan ianya menjadi Rm1,730.00. Jadi, anda telah simpan dengan bank  sebanyak Rm1,730.00 untuk kereta anda pada bulan 11 & 12 yang kadar sebenarnya ialah Rm1,654.00.

Teori mudahnya:-

-          Anda menabung utk bayar kereta anda pada bulan 11 & 12 (kerana bulan 12 anda nak renew insuran) dengan cara anda lebihkan bayaran kereta anda melebih kadar minima.

-          Duit kereta anda bulan 11 & 12 anda boleh guna untuk renew insuran anda

Masih keliru? Rujuk gambar rajah di bawah :-


Jika tips ini membantu anda, sila kongsikannya kepada kawan-kawan anda.

Jika tips ini memeningkan anda, beritahu saya, mungkin penyampaian / penulisan saya yang kurang baik.

Sekian, Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Apa fungsi sebenar duit deposit yang penyewa bayar?

gambar google Sebelum menyewa rumah, pasti korang pernah dengar ayat kat bawah ni daripada mulut tuan rumah : “JADI MENYEWA, KAN? NA...